news_demo

Peranan Penting Perkhidmatan Konsultansi dalam Pelaksanaan ESG dalam Syarikat Korporat

Encik Mohammad Nor, ahli pakar dalam bidang konsultansi ESG, mewakili First Nurture International Sdn Bhd, menyediakan perkhidmatan konsultansi yang komprehensif mengenai pelaksanaan prinsip-prinsip ESG (Environmental, Social, and Governance) dalam sesebuah syarikat untuk memastikan pembangunan yang lestari dan tanggungjawab sosial yang meningkat. (Gambar ini merupakan Hak Milik Penulis yang merupakan Konsultant First Nurture International Sdn Bhd

Dalam era kelestarian global yang kian meningkat, konsep Environmental, Social and Governance (ESG) telah menjadi aspek penting dalam strategi korporat. ESG bukan sahaja menitikberatkan kelestarian alam sekitar tetapi juga memperhatikan aspek sosial dan tadbir urus yang baik. Ini membawa kepada keperluan syarikat untuk melaksanakan strategi ESG yang efektif. Perkhidmatan konsultansi ESG memainkan peranan yang mendalam dalam membantu syarikat-syarikat korporat mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam operasi dan strategi korporat mereka.Sesebuah syarikat hendaklah bertanggunjawab untuk memahami tentang konsep ESG iaitu:

  • Environmental (Lingkungan Persekitakaran): Ini merujuk kepada usaha syarikat dalam mengurangkan jejak karbon, pengurusan sumber secara berkesan dan mempromosikan kelestarian alam sekitar.
  • Social (Sosial): Aspek ini berkaitan dengan syarikat menguruskan hubungan dengan pekerja, pelanggan dan komuniti tempatan, termasuk memastikan praktik pekerjaan yang adil dan keselamatan produk.
  • Governance (Tadbir Urus): Ini melibatkan amalan tadbir urus syarikat yang baik, termasuk ketelusan, akuntabiliti dan pengurusan risiko yang berkesan

Peranan Perkhidmatan Konsultansi ESG adalah berkaitan beberapa ciri-ciri. Antaranya, ialah Penilaian dan Strategi. Konsultan ESG akan menilai prestasi semasa syarikat dalam aspek ESG dan mengembangkan strategi yang disesuaikan untuk mengintegrasikan amalan ESG ke dalam operasi dan strategi korporat. Seterusnya, mereka membantu dalam pelaksanaan strategi ESG, termasuk pengurusan perubahan, memberi latihan kepada pekerja dan mendidik perkara asas yang berkaitan tentang ESG. Selain itu, Konsultan ESG akan menyediakan alat dan metodologi untuk mengukur kemajuan dan menilai impak inisiatif ESG. Mereka juga akan membantu dalam pelaporan kemajuan kepada pihak berkepentingan, termasuk pemegang saham dan pelanggan. Akhir sekali, konsultan ESG akan memastikan bahawa syarikat mematuhi keperluan yang berkaitan dengan kelestarian dan tadbir urus ESG.

Melalui perkhidmatan konsultansi, sesebuah syarikat dapat meraih manfaat dengan Peningkatan Reputasi iaitu Implementasi ESG yang berkesan meningkatkan reputasi korporat, menarik pelaburan dan meningkatkan kepercayaan pelanggan. Strategi ESG juga akan membantu syarikat menjadi lebih lestari dalam jangka panjang, mengurangkan risiko dan memanfaatkan peluang baru. Konsultansi akan membantu syarikat mematuhi peraturan kelestarian yang semakin ketat dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan ESG. Kesimpulannya, dalam dunia perniagaan yang semakin menekankan kepentingan kelestarian, perkhidmatan konsultansi ESG memainkan peranan vyanag penting dalam membantu syarikat korporat mengimplementasikan dan mengintegrasikan amalan ESG. Melalui kerjasama dengan konsultan ESG, syarikat dapat mengembangkan dan melaksanakan strategi ESG yang tidak hanya memenuhi keperluan regulasi tetapi juga memperkukuhkan reputasi korporat dan memastikan keberlanjutan operasi dalam jangka panjang.

Artikel ini disunting oleh penulis sendiri di bawah hak milik First Nurture International Sdn Bhd

Kepentingan ESG dalam Dunia Korporat Kini

Dr Shanti Raj, CEO First Nurture International Sdn Bhd dan merupakan ahli pakar dalam konsultansi ESG dan Kaizen sedang memberikan latihan dalam Pengenalan ESG (Gambar ini merupakan Hak Milik Penulis yang merupakan Konsultant First Nurture International Sdn Bhd

ESG merujuk kepada faktor-faktor alam sekitar, sosial dan pentadbiran (Environmental, Social and Governance) telah menjadi satu aspek penting dalam dunia korporat global pada hari ini. Dengan penekanan yang semakin meningkat pada kelestarian alam sekitar, tanggungjawab sosial korporat dan tadbir urus yang baik, kehadiran ESG telah menjadi penentu utama dalam menilai prestasi dan impak sesebuah syarikat dalam masyarakat.

Satu aspek yang menjadi semakin ketara adalah bagaimana syarikat-syarikat kini menyedari bahawa melaksanakan prinsip-prinsip ESG bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat, tetapi juga kepada kestabilan dan prestasi kewangan jangka panjang syarikat itu sendiri. Syarikat-syarikat yang mengamalkan ESG secara berkesan sering mendapati diri mereka memperoleh kepercayaan pelanggan yang lebih tinggi, mengurangkan risiko operasi, dan mencipta nilai tambah dalam jangka masa panjang.

Dalam konteks Malaysia, semakin ramai syarikat sedar akan kepentingan memperkasa aspek ESG dalam strategi perniagaan mereka. Salah satu syarikat tempatan yang muncul sebagai pemain utama dalam bidang konsultansi ESG adalah First Nurture International Sdn Bhd. Syarikat ini tidak hanya membantu syarikat-syarikat untuk memahami dan melaksanakan prinsip-prinsip ESG, tetapi juga memberikan perkhidmatan konsultansi yang holistik dan disesuaikan dengan keperluan individu setiap syarikat

First Nurture International Sdn Bhd mengakui bahawa setiap syarikat mempunyai keperluan unik mereka sendiri apabila melibatkan aspek ESG. Dengan pendekatan yang teliti dan bersepadu, mereka membantu syarikat-syarikat untuk mengenal pasti matlamat ESG yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan mereka dan menyusun strategi yang berkesan untuk mencapainya

Selain itu, dengan bantuan daripada konsultan-konsultan yang berpengalaman dalam bidang ESG, syarikat-syarikat dapat mengukur dan melaporkan pencapaian mereka dalam domain ini dengan lebih sistematik dan telus. Ini tidak hanya memenuhi tuntutan pelanggan dan pemegang saham yang semakin meningkat, tetapi juga membantu syarikat untuk meningkatkan operasi mereka secara berterusan.

Secara keseluruhan, kepentingan ESG dalam dunia korporat kini tidak dapat disangkal. Ia bukan sahaja memberi kesan positif kepada alam sekitar dan masyarakat, tetapi juga kepada prestasi kewangan dan reputasi jangka panjang syarikat-syarikat. Dengan sokongan daripada syarikat konsultansi seperti First Nurture International Sdn Bhd, syarikat-syarikat dapat mempercepatkan perjalanan mereka ke arah pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab.

Corporate and Small Companies: Driving Positive Impact through CSR Activities in the Society's ESG Framework

First Nurture’s Team and Madam Parvathi Rajagopalan were handing over the Singer Sewing Machine and Groceries to the engaged individual

In today’s dynamic business landscape, the concept of Corporate Social Responsibility (CSR) has transcended from being a mere corporate buzzword to a strategic imperative. Companies, both large and small, are recognizing the need to align their operations with the principles of Environmental, Social and Governance (ESG) to create a sustainable and responsible future.

ESG encapsulates a set of criteria that investors and stakeholders use to assess a company’s ethical, social, and environmental impact. It goes beyond financial metrics and delves into how a company contributes to society and mitigates its environmental footprint. In this context, CSR activities play a pivotal role as they encompass initiatives that address social, environmental, and community concerns. ESG and CSR are interconnected, with CSR activities often serving as tangible manifestations of a company’s commitment to ESG principles. Companies that prioritize ESG are more likely to integrate CSR into their business strategies, recognizing that a strong commitment to social and environmental responsibility enhances their reputation and long-term viability.

Large corporations often have the resources and influence to launch significant CSR initiatives. While the spotlight is often on corporate giants, small businesses are equally essential contributors to the ESG landscape. Local businesses are deeply intertwined with their communities. Their CSR activities might involve supporting local schools, organizing community clean-up drives, or collaborating with nonprofits to address specific regional challenges. The cumulative impact of small companies’ initiatives can lead to profound changes at the grassroots level.

CSR activities enable companies to create shared value by aligning societal and business needs. For instance, companies that invest in employee well-being programs foster a more motivated and engaged workforce. Initiatives focused on reducing carbon emissions not only contribute to environmental sustainability but also lead to cost savings through energy efficiency.

In our ongoing efforts to instigate positive change within our community, First Nurture International Sdn Bhd’s Corporate Social Responsibility (CSR) project has achieved the empowerment of an individual through the provision of vital resources. This endeavor, conducted in close collaboration with the Parvathi Trust, an organization initiated by First Nurture for CSR projects and led by Madam Parvathi Rajagopalan, the chairperson of Parvathi Trust, was rooted in First Nurture’s unwavering dedication to skill development and the improvement of livelihoods. Central to the success of this project was First Nurture’s partnership with the Parvathi Trust, enabling them to offer essential support to the individual in question. First Nurture firmly believed that by furnishing her with these crucial resources, they could significantly enhance her skills and overall well-being. This approach echoes the wisdom of the Chinese philosopher Lao Tzu, who famously said, “Give a man a fish, and you feed him for a day. Teach him how to fish, and you feed him for a lifetime.”

In conclusion, the marriage of CSR and ESG is a powerful force for positive change in society. Whether large or small, businesses have a role to play in fostering sustainability, equity, and responsible governance. By integrating CSR activities that address pressing social and environmental issues, companies contribute to a better world while enhancing their own long-term success.

This article is edited by the author himself under the property rights of First Nurture International Sdn Bhd.

Peningkatan Budaya Lean Kaizen Dalam Syarikat Sawit Kinabalu

YBhg. Datuk Haji Bacho Hj Jansie bersama pihak pengurusan berbincang untuk memberi kerjasama optimum dalam memupuk Budaya Lean Kaizen dalam industri Sawit Kinabalu. (Gambar ini merupakan Hak Milik Penulis yang merupakan Konsultant First Nurture Sdn Bhd-Sawit Kinabalu

Sawit Kinabalu, terus berkembang pesat sebagai salah satu sektor utama dalam ekonomi negeri Sabah. Dalam upaya untuk meningkatkan kecekapan operasi penting bagi perusahaan kelapa sawit adalah dengan memupuk dan memperkuatkan budaya Lean Kaizen dalam diri setiap pekerja.

Lean Kaizen adalah falsafah pengurusan dan teknik penambahbaikan seacara berterusan yang berasal dari Jepun. Ia menggabungkan prinsip “lean dan kaizen”, yang memberi tumpuan kepada pengurangan pembaziran dan maksimumkan nilai dengan Kaizen yang menekankan peningkatan kecil secara berperingkat dari semasa ke semasa. Tujuan Lean Kaizen adalah untuk mencipta budaya peningkatan berterusan dalam sebuah organisasi di mana setiap pekerja diberi kuasa untuk mengenal pasti dan melaksanakan perubahan yang menghasilkan kecekapan, kualiti dan kepuasan pelanggan. Ia melibatkan penglibatan pekerja pada semua peringkat, mendorong kerja berpasukan dan menggunakan pendekatan yang berdasarkan data untuk mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diperbaiki dan melaksanakan perubahan yang berkekalan.

YBhg. Datuk Haji Bacho Hj Jansie yang merupakan Pengarah Urusan Tertinggi (GMD) bagi Sawit Kinabalu menyokong budaya ini dengan berkata,

“Lean Kaizen bertujuan untuk mengoptimumkan proses mengurangkan pembaziran dan meningkatkan prestasi organisasi Sawit Kinabalu. Sebagai satu keluarga Sawit Kinabalu, kita perlu bekerjasama untuk memupuk kaedah Lean Kaizen bagi meningkatkan nama dan prestasi Sawit Kinabalu”

Di Sawit Kinabalu, penerapan budaya Lean Kaizen dapat memberikan sejumlah manfaat yang bermakna dan program berasaskan penerapan budaya Lean Kaizen ini telah dianjurkan oleh Sawit Kinabalu Business Leadership Academy (SKBLA) dan dikelolakan oleh First Nurture Sdn Bhd.

Pertama, pendekatan ini dapat membantu mengenal pasti dan mengurangi pemborosan dalam proses pengeluaran seperti waktu menunggu yang tidak produktif, persediaan berlebihan atau pergerakan yang tidak cekap. Dengan menghilangkan pemborosan ini, perusahaan dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapann operasi secara keseluruhan.

Selain itu, budaya Lean Kaizen juga mendorong penglibatan aktif seluruh pekerja dalam proses peningkatan. Dengan melibatkan semua anggota pasukan termasuk pengurusan atasan dan staf dari semua tingkatan, perusahaan dapat menciptakan lingkungan kerja yang kerjasama dan mendorong inisiatif perbaikan yang berterusan. Hal ini tidak hanya meningkatkan motivasi dan kepuasan pekerja tetapi juga memperkuatan komitmen mereka terhadap keberhasilan perusahaan.

Implementasi budaya Lean Kaizen juga membantu meningkatkan kualiti produk pengeluaran Sawit Kinabalu. Dengan menempatkan penekanan pada standard kualiti yang ketat dan pemantauan yang berterusan, perusahaan dapat mengurangkan kecacatan dan memastikan bahawa produk yang dihasilkan memenuhi kepuasan pelanggan. Hal ini dapat menunjukkan bahawa Sawit Kinabalu telah meningkatkan reputasi perusahaan dan memperkuatan kedudukan mereka di pasaran Malaysia.

Anggota pasukan Sawit Kinabalu sedang berbahas dan berkongsi pendapat mereka tentang cara meningkatkan keberhasilan dalam Sawit Kinabalu (Gambar ini merupakan Hak Milik Penulis yang merupakan Konsultant First Nurture Sdn Bhd-Sawit Kinabalu).

Selanjutnya, Sawit Kinabalu mengadakan forum atau kelompok kerja untuk mengumpulkan idea-idea penambahbaikan daripada semua anggota pasukan termasuk bukan eksekutif. Inisiatif-inisiatif ini dibahas dan diimplementasikan secara menyeluruh dan melibatkan semua anggota pasukan. Dengan memberikan ruang kepada pihak pengurusan dan anggota pasukan untuk memberi sumbangan dalam peningkatan proses perusahaan dapat menciptakan budaya yang berfokus pada inovasi dan penambahbaikan berlanjutan.

Dengan mengembangkan budaya Lean Kaizen yang kuat, Sawit Kinabalu dapat mengoptimumkan operasi mereka, meningkatkan kualiti produk dan mencapai keunggulan persaingan.

Talk to a Consultant

Contact now
Open chat
Hello
Can we help you?