Peningkatan Budaya Lean Kaizen Dalam Syarikat Sawit Kinabalu

Bhg. Datuk Haji Bacho Hj Jansie bersama pihak pengurusan berbincang untuk memberi kerjasama optimum dalam memupuk Budaya Lean Kaizen dalam industri Sawit Kinabalu. (Gambar ini merupakan Hak Milik Penulis yang merupakan Konsultant First Nurture Sdn Bhd-Sawit Kinabalu

Sawit Kinabalu, terus berkembang pesat sebagai salah satu sektor utama dalam ekonomi negeri Sabah. Dalam upaya untuk meningkatkan kecekapan operasi penting bagi perusahaan kelapa sawit adalah dengan memupuk dan memperkuatkan budaya Lean Kaizen dalam diri setiap pekerja.

Lean Kaizen adalah falsafah pengurusan dan teknik penambahbaikan seacara berterusan yang berasal dari Jepun. Ia menggabungkan prinsip “lean dan kaizen”, yang memberi tumpuan kepada pengurangan pembaziran dan maksimumkan nilai dengan Kaizen yang menekankan peningkatan kecil secara berperingkat dari semasa ke semasa. Tujuan Lean Kaizen adalah untuk mencipta budaya peningkatan berterusan dalam sebuah organisasi di mana setiap pekerja diberi kuasa untuk mengenal pasti dan melaksanakan perubahan yang menghasilkan kecekapan, kualiti dan kepuasan pelanggan. Ia melibatkan penglibatan pekerja pada semua peringkat, mendorong kerja berpasukan dan menggunakan pendekatan yang berdasarkan data untuk mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diperbaiki dan melaksanakan perubahan yang berkekalan.

YBhg. Datuk Haji Bacho Hj Jansie yang merupakan Pengarah Urusan Tertinggi (GMD) bagi Sawit Kinabalu menyokong budaya ini dengan berkata,

“Lean Kaizen bertujuan untuk mengoptimumkan proses mengurangkan pembaziran dan meningkatkan prestasi organisasi Sawit Kinabalu. Sebagai satu keluarga Sawit Kinabalu, kita perlu bekerjasama untuk memupuk kaedah Lean Kaizen bagi meningkatkan nama dan prestasi Sawit Kinabalu”

Di Sawit Kinabalu, penerapan budaya Lean Kaizen dapat memberikan sejumlah manfaat yang bermakna dan program berasaskan penerapan budaya Lean Kaizen ini telah dianjurkan oleh Sawit Kinabalu Business Leadership Academy (SKBLA) dan dikelolakan oleh First Nurture Sdn Bhd.

Pertama, pendekatan ini dapat membantu mengenal pasti dan mengurangi pemborosan dalam proses pengeluaran seperti waktu menunggu yang tidak produktif, persediaan berlebihan atau pergerakan yang tidak cekap. Dengan menghilangkan pemborosan ini, perusahaan dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapann operasi secara keseluruhan.

Selain itu, budaya Lean Kaizen juga mendorong penglibatan aktif seluruh pekerja dalam proses peningkatan. Dengan melibatkan semua anggota pasukan termasuk pengurusan atasan dan staf dari semua tingkatan, perusahaan dapat menciptakan lingkungan kerja yang kerjasama dan mendorong inisiatif perbaikan yang berterusan. Hal ini tidak hanya meningkatkan motivasi dan kepuasan pekerja tetapi juga memperkuatan komitmen mereka terhadap keberhasilan perusahaan.

Implementasi budaya Lean Kaizen juga membantu meningkatkan kualiti produk pengeluaran Sawit Kinabalu. Dengan menempatkan penekanan pada standard kualiti yang ketat dan pemantauan yang berterusan, perusahaan dapat mengurangkan kecacatan dan memastikan bahawa produk yang dihasilkan memenuhi kepuasan pelanggan. Hal ini dapat menunjukkan bahawa Sawit Kinabalu telah meningkatkan reputasi perusahaan dan memperkuatan kedudukan mereka di pasaran Malaysia.

Selanjutnya, Sawit Kinabalu mengadakan forum atau kelompok kerja untuk mengumpulkan idea-idea penambahbaikan daripada semua anggota pasukan termasuk bukan eksekutif. Inisiatif-inisiatif ini dibahas dan diimplementasikan secara menyeluruh dan melibatkan semua anggota pasukan. Dengan memberikan ruang kepada pihak pengurusan dan anggota pasukan untuk memberi sumbangan dalam peningkatan proses perusahaan dapat menciptakan budaya yang berfokus pada inovasi dan penambahbaikan berlanjutan.

Dengan mengembangkan budaya Lean Kaizen yang kuat, Sawit Kinabalu dapat mengoptimumkan operasi mereka, meningkatkan kualiti produk dan mencapai keunggulan persaingan.

Talk to a Consultant

Contact now
    Open chat
    Hello
    Can we help you?